KERTAS KERJA DEBAT MRSM SE-MALAYSIA 2015




KERTAS KERJA
 DEBAT MRSM SE-MALAYSIA DAN
KUIZ BAHASA & SASTERA 2015

24-27 APRIL 2015
di
MRSM BATU PAHAT



1.0  PENGENALAN
Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) merupakan sebuah bahagian yang sangat penting dalam MARA yang   bertanggungjawab penuh terhadap perkembangan kurikulum dan kokurikulum para pelajar MRSM seluruh negara.  Pelbagai program telah dirancang setiap  tahun bagi mengembangkan  potensi para pelajar secara menyeluruh agar para pelajar lepasan MRSM mampu bersaing secara sihat di peringkat global yang penuh dengan pelbagai cabaran. Sehubungan itu, BPM dengan kerjasama MRSM Batu Pahat telah merancang satu program untuk mencungkil bakat para pelajar melalui Debat MRSM Se-Malaysia bagi tahun 2015.

2.0  OBJEKTIF
Objektif pelaksanaan Debat MRSM se-Malaysia ialah:
1.    Mencungkil bakat para pelajar dalam komunikasi agar mampu bersaing di persada antarabangsa.
2.    Melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi dan mampu melontarkan idea bertaraf global.
3.    Mengeratkan kerjasama antara warga  MARA dengan agensi luar dalam setiap program untuk kemajuan masyarakat bumiputera.

3.0   PELAKSANAAN
Debat MRSM Se-Malaysia akan disertai oleh semua MRSM di seluruh Malaysia yang terdiri daripada 4 peserta untuk kategori Bahasa Melayu dan 4 peserta bagi kategori Bahasa Inggeris. Seramai 150 orang hakim yang terdiri daripada guru – guru MRSM akan membantu menjayakan program ini di samping  seorang guru pengiring yang akan mengiringi para peserta sepanjang Pesta Debat ini berlangsung. Pelaksanaan  Debat MRSM se-Malaysia ini juga mendapat kerjasama daripada pihak UIAM berdasarkan persetujuan.

4.0 TEMPAT
 Debat MRSM Se-Malaysia akan diadakan di MRSM Batu Pahat berdasarkan persetujuan dan kerjasama yang telah diberikan.

5.0 JAWATANKUASA PELAKSANA
Rujuk Lampiran

6.0 JADUAL PROGRAM
Rujuk Lampiran

7.0 PERBELANJAAN
Rujuk Lampiran


8.0 PENUTUP
Diharapkan kertas kerja Debat MRSM Se-Malaysia 2015 ini diterima untuk mendapatkan peruntukan bagi perbelanjaan program yang telah dirancang. Sokongan yang diberikan oleh semua pihak amatlah dihargai bagi kecemerlangan anak bangsa kita.
Sekian

     
Disediakan oleh
ABDUL HALIM BIN MOHAMED
Ketua Jabatan Bahasa
MRSM Batu Pahat


Disokong oleh
DR. HAMZAN BIN OMAR
Pengetua
MRSM Batu Pahat


Diluluskan oleh
ABDUL HAMID BIN AHMAD
Pengarah
Bahagian Pelajaran Menengah MARA

1 ulasan: