SEJARAH KUIZ BAHASA DAN SASTERA MRSM




KUIZ BAHASA DAN SASTERA DBP-MARA

Pengenalan dan Sejarah Penganjuran

Kuiz Bahasa dan Sastera kali pertama dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan  Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada tahun 2012, melibatkan pelajar tingkatan 4 dan 5  Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di seluruh negara sempena Minggu Bahasa MRSM.

Program ini diadakan, selaras dengan usaha DBP memupuk minat dan kecintaan pelajar terhadap bahasa dan sastera Melayu dalam kalangan pelajar serta menyokong   dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan  Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).


Objektif Pertandingan
Meningkatkan pengetahuan bahasa dan sastera Melayu dalam kalangan pelajar.

Memupuk sikap megah bahasa Melayu dan mencintai khazanah bangsa, khususnya dalam bidang bahasa dan sastera.

Menggalakkan golongan remaja menghayati bidang kesusasteraan, bukan sahaja sebagai subjek di dalam kelas, tetapi untuk diterapkan dalam kehidupan seharian.

Melahirkan generasi muda yang berpengetahuan tinggi dan berketerampilan dalam bidang kebahasaan dan kesusasteraan, serta membina semangat juang yang tinggi serta berdaya saing dalam kalangan pelajar.




0 komen:

Catat Ulasan