MOTO DEBAT MRSM SE-MALAYSIA DAN KUIZ BAHASA & SASTERA 2015


'SANTUN BERBAHASA TERSOHOR BANGSA'


DEFINISI MOTO PROGRAM:

SANTUN : Halus budi bahasa atau budi pekerti beradab, sopan.

BERBAHASA : Bercakap dalam sesuatu bahasa, kemampuan mempunyai budi bahasa yang baik.

TERSOHOR : Termasyhur, terkenal.

BANGSA : Kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan.




PENERANGAN MOTO PROGRAM:

             Secara ghalibnyya, fungsi bahasa sememangnya sebagai wahana komunikasi, penyalur ilmu, saluran penyampaian maklumat dan medium perpaduan bangsa. Individu yang bijak berbahasa dan menggunakan bahasa dengan tutur kata yang tinggi budinya melambangkan keperibadian dan nilai intelektual seseorang itu. Dalam mendepani arus globalisasi ini kebijaksanaan dan kecaknaan individu yang berkemahiran dalam berkomunikasi amat dominan bagi persaingan pada peringkat global. Kemahiran dan kesantunan berbahasa individu akan mengangkat martabat bangsa pada peringkat global mahupun antarabangsa.

0 komen:

Catat Ulasan