Selamat Datang ke Laman Blog Rasmi Debat MRSM Se-Malaysia dan Kuiz Bahasa dan Sastera 2015

Gunakan HASHTAG #DebatMRSM2015 di Laman Sosial!

Ahad, 29 Mac 2015

URUSAN PENGANGKUTAN KONTINJEN MRSM DARI SABAH DAN SARAWAK


URUSAN PENGANGKUTAN KONTINJEN MRSM DARI SABAH DAN SARAWAK

1. Pihak MRSM Batu Pahat akan membantu menguruskan urusan pengangkutan MENJEMPUT / MENGHANTAR kontinjen di / ke Lapangan Terbang Sultan Ismail (Senai, Johor)

2. Pihak MRSM Sabah dan Sarawak perlu memaklumkan kepada penyelaras program, (En. Abd. Halim: 013-7447781) berkaitan tarikh dan masa ketibaan di Senai serta tarikh dan masa berlepas kembali pada atau sebelum 9 April 2015.

3. Pihak kami mencadangkan agar semua kontinjen MRSM Sabah dan Sarawak berlepas dan tiba di Lapangan Terbang Senai pada waktu malam 22 April 2015 (Rabu). Hal ini bagi memudahkan urusan penyelarasan pengangkutan kedua - dua pihak.

Kerjasama anda didahului dengan ucapan terima kasih.



Sekian, harap maklum.

Jawatankuasa Debat MRSM Se-Malaysia & Kuiz Bahasa dan Sastera 2015


'Santun Berbahasa Tersohor Bangsa'
'Discipline, Integrity, Excellence'
'Majulah Perdebatan untuk Kemaslahatan Bersama'

Jumaat, 27 Mac 2015

PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN BAS KE DEBAT MRSM SE-MALAYSIA & KUIZ BAHASA DAN SASTERA 2015

Asalamualaikum dan salam sejahtera,

Makluman mengenai pengangkutan ke Debat MRSM Se-Malaysia & Kuiz Bahasa dan Sastera 2015


Pengangkutan bas/van/perkongsian bas adalah tanggungjawab sendiri (Sila berurusan dengan Timbalan Pengetua Kokurikulum MRSM masing -masing)

Sekiranya terdapat persoalan, boleh hubungi kami melalui debatmrsm2015@yahoo.com

Sekian, terima kasih.

Jawatankuasa Debat MRSM Se-Malaysia & Kuiz Bahasa dan Sastera 2015


'Santun Berbahasa Tersohor Bangsa'
'Discipline, Integrity, Excellence'
'Majulah Perdebatan untuk Kemaslahatan Bersama'

Selasa, 17 Mac 2015

MOHON SEMUA MRSM DAPAT MENGHANTAR SENARAI NAMA KONTINJEN DEBAT


Asalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua guru pengiring atau ketua kontinjen debat di setiap MRSM masing - masing, sila serahkan / hantar senarai nama kontinjen debat MRSM masing masing kepada Jawatankuasa Debat MRSM Batu Pahat dengan segera pada atau sebelum 26 Mac 2015 melalui e-mel : debatmrsm2015@yahoo.com
Terima kasih atas kerjasama anda!

'Santun Berbahasa Tersohor Bangsa'
'Discipline, Integrity, Excellence'
'Majulah Perdebatan untuk Kemaslahatan Bersama'

Selasa, 10 Mac 2015

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI DEBAT MRSM SE-MALAYSIA DAN KUIZ BAHASA & SASTERA 2015


Asalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung,

Selamat datang ke blog rasmi Debat MRSM se-Malaysia dan Kuiz Bahasa & Sastera 2015.
Laman blog ini diwujudkan adalah untuk memudahkan pengunjung untuk mencari apa jua maklumat berkenaan Debat MRSM se-Malaysia dan Kuiz Bahasa & Sastera 2015 yang bakal berlangsung pada 24-27 April 2015 (pendaftaran kontinjen pada 23 April 2015 bermula jam 2.00 petang) berpusat di MRSM Batu Pahat ini.

Dalam laman blog ini disediakan pelbagai informasi berguna kepada guru pengiring, hakim, pemandu dan  para peserta yang bakal menyertai pertandingan yang bakal diadakan ini.
Segala informasi berkaitan pertandingan akan segera dikongsikan demi kemaslahatan bersama.

Informasi tersebut termasuklah dokumen dokumen , gambar, memo, sejarah, video bagi memudahkan pengurusan penyertaan peserta daripada setiap MRSM dan AJK Debat MRSM se-Malaysia dan Kuiz Bahasa & Sastera 2015 di MRSM Batu Pahat ini sendiri.

Dipersilakan untuk mendalami laman blog rasmi ini.

Segala kesulitan amat kami kesali kerana laman blog ini masih dalam pembinaan dan pembangunan. Pengunjung mungkin bakal mengalami kesilapan teknikal apabila melayari laman ini.

Segala permasalahan, cadangan, pertanyaan, dan aduan boleh disalurkan melalui:
debatmrsm2015@yahoo.com

Sekian, terima kasih.

'Santun Berbahasa Tersohor Bangsa'
'Discipline, Integrity, Excellence'