Selasa, 10 Mac 2015

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI DEBAT MRSM SE-MALAYSIA DAN KUIZ BAHASA & SASTERA 2015


Asalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung,

Selamat datang ke blog rasmi Debat MRSM se-Malaysia dan Kuiz Bahasa & Sastera 2015.
Laman blog ini diwujudkan adalah untuk memudahkan pengunjung untuk mencari apa jua maklumat berkenaan Debat MRSM se-Malaysia dan Kuiz Bahasa & Sastera 2015 yang bakal berlangsung pada 24-27 April 2015 (pendaftaran kontinjen pada 23 April 2015 bermula jam 2.00 petang) berpusat di MRSM Batu Pahat ini.

Dalam laman blog ini disediakan pelbagai informasi berguna kepada guru pengiring, hakim, pemandu dan  para peserta yang bakal menyertai pertandingan yang bakal diadakan ini.
Segala informasi berkaitan pertandingan akan segera dikongsikan demi kemaslahatan bersama.

Informasi tersebut termasuklah dokumen dokumen , gambar, memo, sejarah, video bagi memudahkan pengurusan penyertaan peserta daripada setiap MRSM dan AJK Debat MRSM se-Malaysia dan Kuiz Bahasa & Sastera 2015 di MRSM Batu Pahat ini sendiri.

Dipersilakan untuk mendalami laman blog rasmi ini.

Segala kesulitan amat kami kesali kerana laman blog ini masih dalam pembinaan dan pembangunan. Pengunjung mungkin bakal mengalami kesilapan teknikal apabila melayari laman ini.

Segala permasalahan, cadangan, pertanyaan, dan aduan boleh disalurkan melalui:
debatmrsm2015@yahoo.com

Sekian, terima kasih.

'Santun Berbahasa Tersohor Bangsa'
'Discipline, Integrity, Excellence'

0 komen:

Catat Ulasan